Saya mempunyai 3 pokok kurma golden date, Iran yang biakkan di Thailand. Pokok yang di beli ini dari jenis yang boleh berbuah – pun begitu bergantung kepada jantina dan proses pendebungaannya. Ia lama terkurung dalam pasu – semoga dengan pemindahannya ke tapak ia akan tumbuh bebas.
Pokok Kurma – disebut dalam Quran oleh Allah Taala – apa lagi yang dapat saya katakan!
Mula di tanam di tanah selepas 4/5 bulan terkurung dlmpasu
Pondok dah hampir 99% siap. Tunggu elektrik yang akan dipasang akhir bulan ini. Semurup atau Pisang sesikatnya di biarkan kosong, kerana yang akan menjadi bumbungnya ialah dedaun pokok markisa. Ia akan menjadi pelindung matahari secara natural dan menghijaukan pemandangan. Satu idea baru yang baru diperolehi dari Dr Wahab yang boleh dicuba ialah silingnya daripada kain, bila panas kita sembur/basahkan dengan air – lalu akan ia menyejukkan.
Setakat 12/2/2012 Pondok telah dipasang dinding. Saya tak mendapat kelarai buluh untuk dibuat dinding. Jadi saya beli papan meranti 5/8″ X 6″. Mahal juga dan kualitinya sederhana. Sukar sekarang nak dapatkan meranti merah.
Pokok Acai (sebutan di Amazon ‘Asyai’) telah lama terkenal kerana buahnya yang boleh menghasilkan jus yang dikatakan berkhasiat tinggi. Banyak pokok palma dari serata dunia menjadi tanaman lanskap di negara kita. Tapi adakan pokok Acai?. Lama juga saya mencari dan bertanya tapi tak dapat jawapannya- ataupun sememangnya tiada.
Kerana minat terhadap pokok yang berbuah cantik, umbut yang enak dan pokok yang robust, saya membeli melalui internet dari US benih pokok Acai ini. Bagaimana cara menanamnya?. Terima kasih Youtube, walaupun dalam bahasa portugis(?). tapi visualnya banyak membantu.
Ini merupakan 20 pokol acai dalam semaian saya. Berumur hampir enam bulan. Mungkin 2/3 bulan lagi baru akan di pindahkan dari tempat semain ke kebun.
semaian acai yang berusia 6 bulan
Pokok acai adalah dari family palma; sama seperti kelapa atau lebih hampir lagi seperti pokok pinang merah/raja yang di tanam sebagai tanaman lanskap.
anak pokok acai
anak pokok acai
Setakat pengalaman yang sedikit ini tidak sukar untuk menumbuhkan pokok acai dari benaih yang dibeli melalui postal order. Tapi untuk menanam dan menjaganya di kebun saya belum bermula. Guru saya Dr Wahab setahu saya orang pertama di Malaysia yang menanam acai di kebun. Tahniah. Sila lihat (Catatan santai).
Tidak seperti keris – Pisau lebih signifikan dalam masyarakat Melayu. Selain mempunyai nilai gunaan ia adalah seni yang unik. Saya meminati pisau dan mula mengumpul pisau – yang mempunyai keindahan seni dan nilai gunaan.
Antara pisau (sarung pisau) yang dibuat oleh kenalan saya Ezam@Pak Choh di Dungun Terengganu.
Rangka pondok/chalet telah menampakkan wajahnya. Beberapa rekabentuk eksotik saya ketepikan kerana kos dan menggunakan kayu yang banyak. Rekabentuk yang digunapakai ialah pondok pisang sesikat. Atap rumbia sukar diperolehi maka pakai adex saja. Dinding kelarai buluh pun nampaknya terpaksa diketepikan. Di mana atap nipah, atap rumbia, kelarai dan pelupuh buluh atau bertam. Semuanya telah ditelan oleh modenisasi
Pondok dalam taman sedang mengambil tempat- 50 kaki dari jambatan. Kayu asas seperti tiang, rasok dan alang di beli dari kedai kayu terpakai di Sungai Buluh. tiangnya merbau 5×5, dan tiang serambi ialah cengal 4×4 . Tukang pondok ini ialah Bujang dan Zahir (Tok Uban) – pekerja di Nipon Paint Shah Alam tetapi tinggal di Jalan Dusun, Meru.
Ini batang buluh yang dipotong dan disemai. Benih dari kampung
Tanaman kedua (selepas Acai) – pokok buluh madu mula disemai lepas balik cuti Raya Aidil Fitri 2011. Kurang dari dua minggu selepas di semai
(Awal februari 2012) Pokok buluh yang berusia lebih enam bulan ini telah saya penen hasil pertamanya. Rebung madu walaupun kecil/kurus -mungkin kurang baca atapun pokokdari sisi/ ketiak dan bukan umbi. namun ia rebung madu yang pertama.